KUALA LUMPUR - Barisan kepimpinan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal mengalami rombakan besar-besaran dengan sekurang-kurangnya dua pegawai kanan organisasi tersebut mungkin ditukar.
Kosmo! difahamkan, mendahului pertukaran ialah Ketua Setiausaha kementerian itu yang kini disandang Datuk Kamaruddin Siaraf (gambar) yang bakal digantikan oleh pegawai kanan wanita dari Kementerian Kewangan.
Menurut sumber, antara nama yang disebut-sebut ialah Datuk Zalekha Hassan yang kini Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan.
Selain itu, kedudukan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) kementerian itu yang kini disandang oleh Datuk Azmi Ali dan Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Datuk Dr. Rothiah Omar juga dikatakan akan berubah.
Ia dipercayai ada kaitan dengan penggabungan Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan dengan Kementerian Penerangan menjadi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dipercayai sudah membuat penilaian terhadap prestasi jabatan tersebut dan dijangka mengumumkan keputusan rombakan itu dalam masa terdekat.
"Sudah pasti akan ada perubahan kerana peranan kementerian ini semakin mencabar," kata sumber tersebut kepada Kosmo! semalam.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan pengesahan daripada Rais gagal apabila beliau enggan memberikan sebarang ulasan.
Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya juga tidak mahu mengulas rombakan tersebut.
Semalam Kosmo! melaporkan tentang keputusan RTM meminda kembali slot berita utamanya, Nasional@1 daripada 9 malam kepada 8 malam mulai Isnin ini berikutan kejatuhan rating selepas kehilangan hampir 400,000 penonton.
Read More......
Friday, April 17, 2009
Thursday, April 16, 2009
RTM siar semula berita 8 malam
KUALA LUMPUR – Keputusan Radio Televisyen Malaysia (RTM) membuat perubahan drastik dengan meminda slot berita utamanya atau Nasional@1 ke pukul 9 malam sejak 1 Januari lalu rupa-rupanya satu kesilapan.
Waktu siaran 9 malam itu yang dahulunya dianggap ‘waktu puncak’ dipercayai telah menyebabkan program berita itu kehilangan penonton yang beralih ke stesen lain yang menyiarkan berita lebih awal pada pukul 8 malam.
Ekoran itu, RTM terpaksa berpatah balik kepada waktu siaran asal berita pada pukul 8 malam bermula Isnin ini dengan siaran dipanjangkan dari setengah jam kepada satu jam.
Menurut sumber RTM, penukaran waktu itu turut meliputi berita Tamil, Mandarin dan Inggeris yang sebelum ini disiarkan antara pukul 7.30 malam (Tamil), 8 malam (Mandarin) dan 12 malam (Inggeris).
Mulai Isnin ini, katanya, berita Nasional@1 dalam Bahasa Melayu akan disiarkan di TV1 bermula 8 hingga 9 malam manakala siaran berita Tamil, Mandarin dan Inggeris disiarkan di TV2.
“Saluran TV2 akan memuatkan berita dalam tiga bahasa dengan berita Tamil pada 6 hingga 6.30 petang, Mandarin pukul 6.30 hingga 7 petang dan Inggeris pada 8 hingga 8.30 malam,’’ katanya.
Perubahan itu juga menyebabkan siaran berita Wilayah@1 yang kini pada pukul 8.30 malam ditukar kepada 6 hingga 6.30 petang di TV1.

Labels:
berita dari KOSMO 17 April
Subscribe to:
Comments (Atom)